? ??????????????Twitlight City Scape? ????? ?? ???Rating: 4.0 (3 Ratings)??8 Grabs Today. 1880 Total Grabs
. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????????Twilight Grunge? ????? ?? ???Rating: 4.7 (24 Ratings)??6 Grabs Today. 4547 Total Grabs. ??????Preview?? | ? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, August 27, 2009

SKOLAH SKOLAH

DAH NAK BUKAK SEKOLAH..JNGN MALAS EK!

yeahhh!!!!!!!!!!!

YEA!!!!
SKOLAH DAH HABIS PERIKSA....
SELAMAT BERCUTI A.K.A BERPUASA GITU!
HA3
GOOD LUCK..!!!!!!!!!

Tuesday, August 18, 2009

EXAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

KPD SUMER STUDENT BADLISHAH!!!
SLMT MNJWB PERIKSA...
AKU DOAKAN KORUNK BRJAYA
UTK CALON PMR DAN SPM AKU DOAKAN KORUNK BERJAYA...LULUS POWN KIRA OK!
STUDY BIAR AH COOL,
RESULT KORUNK BIAR GEMPAK K!!!!
AMIN.....

Wednesday, May 20, 2009

remaja LARI rumah??!

Remaja lari dari rumah merupakan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita hari ini. Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku.
Terdapat pelbagai punca yang membawa kepada berlakunya masalah ini. Antaranya ialah terpengaruh dengan rakan sebaya. Kebanyakan pelajar terikut-ikut dengan perangai rakan karib mereka. Seandainya rakan mereka suka berfoya-foya mala mereka cukup mudah untuk turut berfoya-foya bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya. Rakan karib yang sering pulang lewat alan mempengamhi mereka untuk turut pulang lewat. Begitu juga sekiranya rakan karibnya lari dari rumah mereka alan mengikutinya. Justeru, mereka akan berasa seronok dan tidak lagi mahu pulang ke rumah ibu bapa mereka. Terdapat juga segelintir daripada mereka yang mulai bekerja dan memulakan penghidupan barn dengan bekerja sendiri. Perkara yang paling mengecewakan apabila ada anak gadis yang terlibat dengan gejala lari dari rumah ini.
Antara punca lain berlakunya gejala ini ialah kurangnya pegangan agama di kalangan mereka yang terlibat. Agama memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengajar seseorang itu menjadi nanusia yang berguna. Agama Islam khususnya, melarang penganutnya mengingkari dan meninggalkan ibu bapa sewenang-wenangnya. Sebaliknya, apabila seseorang itu mengabaikan ajaran agama alan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pengaruh luar sehingga terjebak kepada masalah lari dari rumah. Sesetengah ibu bapa yang tidak mempunyai pegangan agama gagal mendidik anak mereka mentaati ajaran agama, justeru apabila berlaku masalah ini, mereka begitu mudah meninggalkan keluarga mereka.
Selain daripada itu, remaja lari dari rumah berlaku akibat keretakan sesebuah rumah tangga yang dibina sekian lama. Apabila berlaku pertelingkahan dan pergaduhan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka alan berasa bosan. Perseteruan antara ibu bapa yang membawa perceraian juga merupakan punca utama berlakunya kes anak-anak lari dari rumah. Apabila ibu atau bapa mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara anak-anak mereka ini alan menyebabkan anak-anak akan berasa diri mereka tersisih. Mereka cuba untuk mencari hiburan dan ketenangan. Jika tindakan lari dari rumah mampu memberikan ketenangan dan kebahagiaan dalam diri maka mereka sanggup melakukannya. Golongan ini sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai kebahagiaan dalam hidup mereka.
Sesetengah keluarga mempunyai saiz rumah yang terlalu kecil. Hal ini menyebabkan rumah mereka terlalu sempit. Kadang-kadang remaja lelaki terpaksa tidur di ruang tamu. Bilik-bilik lain dihuni oleh ibu bapa dan anak perempuan. Lama-kelamaan timbul rasa bosan di hati mereka. Mereka alan mencari rumah lain yang mampu memberikan keselesaan untuk mereka. Akhirnya jika ada rakan- rakan yang mengambil tindakan lari dari rumah untuk tinggal di rumah yang lebih selesa mala mereka alan mengikutnya.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga keluarga yang amat miskin. Remaja yang sering keputusan duit alan cuba mencari kemewahan dengan mencari pekerjaan. Mereka sanggup bekerja di mana sahaja walaupun dengan tangga gaji yang rendah. Hal ini kerana mereka ingin menikmati kemewahan. Oleh itu, jika ibu bapa gagal memberikan kemewahan, remaja itu alan mengambil tindakan lari dari rumah sebagai jalan penyelesaian.
Gejala ini boleh ditangani jika semua pihak mengambil inisiatif dengan bersungguh-sungguh. Antaranya ialah ibu bapa hams memastikan pergaulan anak-anak mereka agar tidal melampaui batas.. Seandainya anak-anak mereka berkawan dengan rakan yang dicurigai, ibu bapa hams bijak menasihati anak-anak mereka supaya menjauhi rakan sebaya sebegini.
Selain daripada itu, ibu bapa juga harus meningkatkan pemahaman terhadap amalan agama. Hal ini kerana apabila seluruh keluarga teat kepada perintah agama, mereka takut untuk melakukan kesalahan dan kejahatan. Hal ini kerana setiap perlakuan yang menyalahi ajaran agama akan mendapat dosa. Justeru, anak-anak yang dididik dengan ajaran agama akan dapat menghindari diri mereka daripada tindakan nekad tersebut.
Pihak berkuasa, khususnya pihak polis boleh menangkap remaja-remaja yang lari dari rumah. Seandainya terdapat ibu bapa yang membuat aduan di balai polis, mereka harus menyelesaikan dan mencari’ maklumat bagi menangani masalah ini dengan segera. Tindakan berlengah-lengah alan menambahkan kebuntuan bagi menyelesaikan masalah ini. Tindakan menangkap dan menjatuhkan hukuman dirasakan mampu menyelesaikan masalah ini dengan baik.
Oleh itu, gejala remaja lari dari rumah ini dapat dibendung jika semua pihak memai peranan masing-masing. Sikap menyalahkan orang lain dianggap gagal menangani masalah ini. Dengan ini masalah ini dapat diatasi, gejalaitu tidak akan berleluasa di kalangan remaja masa kini

mat rempit??!aiyaa!!x tkut mati ker??


Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan [1][2], pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi [3] [4]. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit [5]. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit [6]. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.
Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur.
Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.


Sekatan jalan raya
Sekatan jalan raya oleh polis trafik lebih menyeronokkan .Mereka akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis. ADa juga yang merempuh sekatan jalan raya . Polis trafik yang bersenjata pistol dan kayu cota tidak dipedulikan. Ibu bapa dan masyarakat akan menyalahkan polis jika bertindak kasar seperti menendang motosikal yang bergerak laju. Ada juga kes polis yang membaling kayu pada tayar yang bergerak laju untuk melarikann diri. Akhirnya pihak penguasa serik memberi kerjasama untuk membendung gejala sosial ini. Sekali lagi ibu bapa menyalahkan polis apabila pejam mata sahaja.


Ganjaran
Biasanya mat rempit terdiri daripada remaja belasan tahun yang masih bersekolah , menggunakan motosikal ibu bapa atau abang-abang mereka. Mereka menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang sah. Mereka bersaing sesama sendiri dan ada kalanya mendapat 'hadiah' berbentuk wang dan gadis bohsia sebagai taruhan. Bagi menambah kelajuan motosikal, piston, brek , handle, tayar dan lain-lain diubahsuai.


Sanggup mati katak
Mereka sanggup cedera parah malah berani mati katak ketika berlumba. Ketika berlumba, mereka akan pejam mata, lampu motosikal ditutup dan menunggang motosikal melawan arus jalan raya. Pastinya mereka di bawah pengaruh dadah sintatik seperti syabu dan ice. Ketika berlumba mereka terbayang 'ular' atau musuh 'alien' yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka ditugaskan untuk menjadi hero membunuh musuh. Mereka tidak ada perlindungan diri seperti kasut, seluar tebal , lapik lutut, topi keledar mahupun insuran nyawa. Ibu bapa yang mengharapkan da nmenyayangi mereka dilupakan begitu sahaja. Di Malaysia, mat rempit ini terdiri daripada remaja Melayu.


Cabaran

Jalan yang mencabar ialah di selekoh berbahaya , jalan berlubang , berair , berlumba melawan arus, tanpa lampu depan dan menerima cabaran rakan-rakan , musuh dan orang ramai.


Teknik menunggang
Teknik menunggang juga diperhatikan dan berubah dari semasa ke semasa. Semakin bahaya, semakin mendapat tepukan penonton dan mereka berasa bangga menjadi juara. Teknik itu seperti willi, baring, berdiri dan sebagainya.

Langkah penyelesaian
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan Akta Pengangkutan Jalan dipinda bagi membendung gelaja "mat rempit" dan perlumbaan motosikal haram. Pelajar berumr 15 hingga 19 tahun merupakan pelajar yang kandas dalam pelajaran atau telah berhenti sekolah, perlu ditahan di sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney jika didapati bersalah untuk suatu tempoh ditetapkan. Mereka hendaklah dihukum membuat kerja-kerja amal sehingga 100 jam dan motosikal dirampas

Bantu remaja hadapi hidup


SUDAH menjadi kelaziman, setiap remaja ingin mendapatkan seramai kawan yang mungkin. Ada antara mereka dikatakan mempunyai ciri-ciri ‘extrovert’, yang mana mereka gemar bergaul dengan ramai orang, mudah mesra dan peramah.Segolongan lagi ialah remaja yang menunjukkan ciri-ciri ‘introvert’ yang bermakna mereka kurang selesa apabila berdepan orang lain, lebih gemar bersendirian dan tidak banyak bergaul.Kedua-dua perwatakan ini ada kebaikan dan keburukannya. Terpulang kepada kebijaksanaan remaja untuk menyesuaikan dirinya dengan keadaan semasa.Dalam usaha mencari rakan dan teman, kadangkala remaja terjebak dan terperangkap dengan rakan yang sengaja mengambil kesempatan dan akhirnya remaja yang pada asalnya berniat baik boleh menjadi kecewa dan hampa apabila mereka dipergunakan.Di sinilah fungsi ibu bapa sangat penting. Mereka harus memantau gerak-geri anak, terutama remaja perempuan.Ketika peringkat remaja, ramai yang baru mula hendak beramah mesra dengan rakan.Dalam keadaan demikian, mereka hanya nampak perkara baik dan belum bijak menilai kemungkinan berlaku sesuatu yang tidak diingini.Pada peringkat ini, ramai remaja kurang mahir menilai risiko kemungkinan berlaku sesuatu yang mungkin merugikan mereka.Oleh itu, ibu bapa perlu memberi nasihat terbaik dan membina bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan anak mereka.Banyak tragedi dan peristiwa malang berlaku kepada gadis desa, terutama daripada keluarga pendapatan rendah yang berhijrah ke kota setelah diberi janji manis oleh teman mereka, tetapi akhirnya terjurumus ke lembah yang menyedihkan.Bagi remaja lelaki, kadangkala mereka terlalu leka dengan pelbagai kegiatan rekreasi hinggakan keutamaan yang harus diberi perhatian, iaitu pelajaran, mungkin turut terjejas.Dalam aspek membina persahabatan, remaja perlu memberi perhatian pada beberapa perkara.Pertama, persahabatan perlu memberi faedah kepada kedua-dua pihak, iaitu mereka berpeluang menimba pengetahuan dan kemahiran.Ini adalah satu proses pembelajaran dan pengalaman seperti ini akan membuat remaja lebih bersedia menyesuaikan diri pada masa depan.Perkara penting dalam usaha menjalin persahabatan adalah keupayaan seseorang mengetahui bagaimana berdamping dengan orang lain secara sihat.Bukan saja tutur kata dan tingkah laku yang penting, malah ketrampilan seseorang remaja juga penting.Ini bermaksud pakaian dan wajah berseri akan membuat seseorang itu nampak lebih kemas lagi.Begitu juga pandangan orang lain, apabila seseorang remaja nampak kemas, dia akan dihormati dan dipuji.Kedua, remaja perlu ada perasaan bahawa mereka lebih baik daripada apa yang difikirkan.Perasaan positif seperti ini akan meningkatkan harga diri mereka.Ketiga, remaja jangan memikirkan bahawa tahap intelek mereka rendah berbanding orang lain.Begitu juga mereka jangan memikirkan bahawa tahap intelek orang lain lebih tinggi daripada mereka.Sikap seperti ini akan membuatkan remaja itu menjadi kecewa dan terasing.Keempat, jangan sekali-kali menabur fitnah dan menyebar khabar angin mengenai rakan, walaupun memang wujud kecacatan dimaksudkan.Apabila seseorang remaja mendengar pujian mengenai rakannya, dia digalakkan memberitahu rakan itu mengenai pujian yang diperkatakan.Kelima, setiap remaja bertanggungjawab menceria dan menggembirakan keluarganya. Oleh itu dalam apa juga aktiviti diceburi, biarlah aktiviti itu memberi keriangan kepada keluarganya.Keenam, ada remaja membuat andaian bahawa persahabatan akan membawa kepada pembentukan rumah tangga. Mungkin ada kes tertentu seperti ini, tetapi ia bukan kelaziman.Oleh itu, remaja harus bijak membuat pertimbangan sewajarnya supaya usaha mengecapi harapan dan impian mereka boleh dicapai.Kadangkala berlaku peristiwa di mana seseorang remaja hampa kerana apa dihajati tidak kesampaian.Dalam keadaan demikian, individu terbabit boleh cepat marah dan kecewa.Dalam keadaan ini, tiada gunanya remaja berkenaan membalas dendam. Jika boleh, jangan salahkan sesiapa dan tidak perlu memarahi orang lain.Ada juga remaja terbabit cuba melarikan diri dari rumah akibat kekecewaan dialami.Sesungguhnya perilaku melarikan diri adalah amalan tidak sihat kerana ia membebankan lagi kerumitan dialami keluarga.Oleh itu, jangan terlalu mengikut perasaan seperti kata pepatah; ‘ikut rasa binasa, ikut hati mati’.Remaja tidak perlu ikut perasaan dan emosi keterlaluan. Bawa bertenang, fikir semula keadaan sedia ada, minta bantuan keluarga dan dapat rawatan jika perlu.Remaja bermasalah lebih terdedah kepada risiko mengalami pelbagai gangguan mental apabila berdepan tekanan perasaan pada masa depan.Oleh itu, remaja perlu bijak menilai satu-satu situasi dan membuat pilihan terbaik bagi menyelesaikan masalah dihadapi. Gunakan daya fikir kreatif untuk mengatasi cabaran, jangan biarkan emosi liar mempengaruhi perilaku anda.